Thursday 25 September 2014

Hai~!

Selamat petang semua! Blog ini baru sahaja dibuat . Tujuannya ialah untuk memaparkan dan berkongsi tentang projek PBL kami untuk subjek Bahasa Melayu . Tajuk projek kami ialah Mari Bergurindam .

Blog ini ialah milik kumpulan 5 . Kami dari sekolah yang diberi nama Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang yang terletak di Miri . Ahli-ahli kumpulan 5 ialah Joel Agan (ketua) , Agnes Awing Henry , Lois Mary John dan saya , Amirah Afiya .

Ini adalah gurindam ciptaan kami .

Jika hendak sahabat sejati,
Jadilah teman yang baik hati .

Jika hendak sahabat sejati,
Rahsia dikongsi sehidup semati.

Jika hendak sahabat sejati,
Pandangan teman harus dihormati.

Jika hendak sahabat sejati,
Dalam hubungan usah mengkhianati.

Jika hendak sahabat sejati,
Teman mesti saling menasihati.